TUDUNG BAWAL ADANIA

20 PASTEL COLOUR

previous arrow
next arrow
Slider

ABBY ABADI TESTIMONIAL

ruangan tazkirah

Penyakit Umat-Umat Dahulu

Daripada Abu Hurairah r.a.
katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu’. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw menjawab, penyakit-penyakit itu ialah (1)
terlalu banyak berseronok, (2)
terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)
tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.

  –  RIWAYAT HAKIM  –

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a.
katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ” Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemiti-cemiti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu . Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya. “

–  RIWAYAT MUSLIM  –